Hiburan
Kunci Mulut Hal Peribadi, Kaka Azraff Sedang Biasakan Diri Hidup Sendiri - "Saya Gembira, Suka Dengan Diri Sekarang..."
Penyanyi Kaka Azraff memberi bayangan sedang membiasakan diri dengan kehidupan baharu bersendirian bersama anak-anak.
BERITA BERKAITAN: Mohon Ruang, Kaka Azraff Tampil Bersuara Selepas Didakwa Sudah Bercerai - “Maaf Sekiranya Saya & Adam Tak Dapat…”
BERITA BERKAITAN: Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?
Jelas Kaka yang enggan berkongsi lebih lanjut mengenai status rumah tangganya, dia kini akui bahagia melihat anak-anaknya membesar.
"Alhamdulillah.. jujur kalau hal peribadi saya tak mahu berkongsi lebih detail. Cukup saya katakan, saya kini sedang membiasakan untuk 'new life' saya dan masih cuba membiasakan kehidupan sekarang.
"Saya ada anak-anak yang sedang membesar. Tetapi untuk diri saya sendiri, saya okey... Okey sangat.
"Kehidupan lama dengan kehidupan baharu tiada banyak beza," kepada Gempak ketika ditemui di Astro Showcase di Stadium Bukit Jalil malam Jumaat.
Seringkali diusik dengan soalan cepu mas mengenai jodohnya, Kaka berkata dia tidak pernah merasa tertekan dengan status dirinya ketika ini.
Malah, kesibukan dengan karier seninya menjadikan pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff ini tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal hati.
"Setakat ini saya gembira. Kita perlu selalu positif. Kalau kita selalu fikir dan cakap kita kuat, maka kuatlah kita.
"Tetapi kalau asyik fikir lemah..lemah.. memang kita akan lemah. Saya suka diri saya yang sekarang. Saya memang sibukkan diri dengan kerja dan anak.
"Kerana bila saya sibuk, hidup saya tak terasa kosong dan saya rasa kuat untuk langkah seterusnya," tambahnya.
Untuk rekod, Kaka dan suami, Adam Azriff dikhabarkan telah bercerai pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Kaka dan suami difahamkan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
Must-Watch Video