Berita

Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Ini Jawapan Tommy Thomas

Rozaimi Zubaidi
07/06/2018
06:30 MYT
Sponsor Banner
Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Ini Jawapan Tommy Thomas
Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui sedang cuba memperbaiki Bahasa Melayunya selepas diberi tanggungjawab memegang jawatan penting itu.
Jelasnya, selama ini dia kurang menggunakan Bahasa Kebangsaan itu atas faktor tuntutan tugas yang banyak menggunakan bahasa Inggeris.
"Saya perlu memperbaik semula keupayaan Bahasa Melayu. Cuma selama 42 tahun berkhidmat dalam khidmat guaman persendirian, kebanyakan anak guam dan dokumen yang perlu saya teliti bersifat komersial.
"Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula," katanya.
Tambah Thomas, dia juga sedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak sepanjang memegang jawatan berkenaan.
"Kalau kamu menghargai kebebasan bersuara, jadi kamu kena amalkan. Kebebasan bersuara bermakna semua orang boleh kritik kita.
"Saya sangat gembira kerana ramai kritik saya dan ini membuktikan kita ada kebebasan bersuara. Saya rela dengar kritikan berbanding pujian atau perkara baik sahaja," ujarnya.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar