Hiburan
Kurangkan Masa Tengok Laman Sosial, Aepul Roza Nak Jadi Contoh Baik Untuk Anak - “Itulah, Bila Dah Berumur Ini, Kita Ada…”
Usia semakin meningkat, penyanyi Aepul Roza mengakui dia kini sedang mencuba untuk mengurangkan masa daripada melihat laman sosial.
Contoh baik
Aepul yang juga vokalis kumpulan Drama Band berkata tindakan itu disebabkan dia juga mahu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
“Sejak akhir-akhir ini memang saya kurangkan media sosial punya exposure pada diri saya. Itulah, bila dah berumur ini, kita ada fokus lain dan saya nak contoh yang baik-baik juga untuk anak-anak.
“Yang mana, kita boleh buat dengan mengurangkan ‘screen time’ kita,” kata Aepul kepada Gempak.
Syukur & jaga
Ditanya adakah dia berasa bimbang melihat perceraian yang berlaku di media sosial, Aepul bagaimanapun menganggap jodoh pertemuan itu di tangan Allah.
Namun baginya, seseorang itu hanya perlu bersyukur dan menjaga sebaik yang mungkin apa yang dimiliki.
“Bagi saya, itu semua ketentuan Allah… apa yang kita boleh buat, jaga sebaiknya apa yang kita ada. Kita perlu bersyukur apa yang kita ada. Bila berumur ini kita cari makna dalam setiap apa yang kita buat.
“Kalau kita bersyukur dan menjaga sebaik yang kita ada, Insya-Allah semua akan baik-baik,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sepanjang Mengandungkan Adik, Paling Mencabar” - Leez, Aepul Selamat Timang Anak Kedua
Untuk info, Aepul berkahwin dengan penyanyI Leez Rosli pada pada Disember 2014 setelah hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka kemudian dikurniakan dua cahaya mata Nur Saffiya Alisha, 8, dan Noor Sayf Ali yang kini berusia tiga tahun.