Laman Utama
Kyuhyun Super Junior Cedera Diserang Dengan Pisau
Salah seorang anggota kumpulan Super Junior, Kyuhyun dilaporkan mengalami kecederaan selepas diserang dengan pisau oleh seorang wanita.
Insiden tersebut berlaku sewaktu Kyuhyun terlibat dalam sebuah pertunjukan teater yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
Menurut laporan media tempatan, wanita berusia 30 tahun tersebut telah menyusup masuk ke bilik persalinan dan menyerang Kyuhyun.
Kyuhyun tercedera sewaktu melawan wanita tersebut yang menyerangnya dengan pisau.
Wanita yang dipercayai tidak mempunyai hubungan dengan Kyuhyun kini ditahan pihak berkuasa.