Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Laga-Laga Hidung, Tenung Mata Sikit...Sejuklah Hati - Suami Ummi Nazeera Bagi Tips Sejukkan Hati Isteri

Fiza Kamarudin 05/09/2017 | 15:32 MYT

Sweetnya suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, iaitu Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani yang berkongsi tips sejukkan hati isteri di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Menariknya, pekongsian Izzar, 30, itu telah mendapat 7 ribu ‘likes’ dengan 28 komen yang rata-rata sukakan tips dikongsi doktor muda tersebut.
Ada juga yang memuji Izzar seorang lelaki yang terlalu ‘sweet potong kaki’ dan suami yang romantik.
Tambah mereka, Ummi Nazeera beruntung dipertemukan dengan lelaki seperti Izzar.

Ummi dan Izzar sah bergelar suami isteri pada 23 Julai lalu.

1st raya as husband and wife.Alhamdulillah.Best ada teman sepergaduhan sekarang.So far, pergaduhan terkawal aje.By malam dah forgive each other.Laga2 hidung tenung mata sikit, sejukla hati tu.Cubalah try ye.Kalau tak jadi buat lagi.Maaf zahir n batin, isteriku. ?

A post shared by Izzar Anwari (@izzar) on

Jangan lupa saksikan filem terbaru lakonan Ummi Nazeera berjudul Bisik Pada Langit yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 September ini.
Selain Ummi, pelakon lain yang turut terlibat ialah Beto Kusyairy, Jalil Hamid, Erwin Dawson, Na’im Daniel dan Fadilah Mansor.
Filem arahan pengarah terkenal Kabir Bhatia ini mengisahkan tentang kasih seorang ayah terhadap anak-anaknya.
Cerita bermula selepas keluarga Rosli dikejutkan dengan berita kemalangan anaknya yang belajar di luar negara dan menjadi terdesak untuk melawatnya di sana. Namun, niat si ayah itu menimbulkan tentangan dan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga kerana mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi. Tanpa disangka, niat si ayah juga menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga. Mampukah konflik keluarga ini diselesaikan?
Sama-sama kita nantikan Bisik Pada Langit! Jangan lupa bawa tisu banyak-banyak, okay?!

Foto: Instagram Izzar

#pelakon #Ummi Nazeera #Pelakon
;