Laman Utama

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."

Amri Hassan
04/12/2023
12:53 MYT
Sponsor Banner
Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui sudah membuat persiapan baju raya keluarganya menjelang sambutan Aidilfitri tahun hadapan.

BERITA TRENDING: Didakwa Tak Peka Isu Palestin Dan Dilabel Bodoh, Fasha Sandha Terguris Hati - “Walaupun Saya Ini...

Jelas Fasha yang memilih butik Al Faro, sebahagian daripada tugasnya untuk menyediakan kelengkapan keluarga untuk lebaran sudah selesai.
"Al Faro selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.
"Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya.
"Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau saya terlepas pandang untuk persiapan baju Raya," tuturnya yang turut dilantik sebagai duta jenama berkenaan.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Bukan Bos, Masih Kuli” - Fasha Sandha Mohon Maaf Video Berendam Dengan Suami

Melanjutkan bicara, ditanya sebagai pelaris apa saja jenama yang menyambar, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.
"Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
"Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”

Dalam perkembangan lain, Al Faro terus melangkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan baru Al Faro Mall di Johor Bahru.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan, langkah perluasan ini merupakan strategi Al Faro dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.
"Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.
"Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik," katanya.
Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di Al Faro Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, Plaza City One, Lotus Station 19 (Ipoh Perak) dan Shah Alam.

BERITA TRENDING: Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan, Pilih Proses IUI Atau IVF Untuk Dapat Anak Lelaki

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar