Laman Utama

Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”

gempak
Syafiqah Jalal
04/06/2023
07:35 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”
Pelakon Fasha Sandha dipuji bersederhana atau ‘humble’ kerana rela memakai semula baju lama yang pernah dipakai untuk satu acara baru-baru ini.
Menerusi satu komen di laman sosialnya, Fasha memuat naik semula paparan skrin komen berkenaan.
“Baju lama tapi recycle balik, payah nak cari artis humble macam ni,” tulis seorang netizen.
Fasha membalas komen itu dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video dress baldu berona biru yang mengikut bentuk tubuhnya yang kini sudah semakin langsing.
Kata Fasha sepatutnya dia memakai dress baharu yang direka khas untuknya namun tidak sempat untuk diubah atau ‘alter’.
Lalu dia memilih untuk memakai dress lama yang pernah dipakai pada tahun 2017.
“Alhamdulillah. Terima kasih.
”2017 to 2023. Masih boleh dipakai.
"Sepatutnya pakai baju baru, tapi baju tak sempat alter, nanti i letak di IGS k baju yang saya patut pakai. Baju lama ni penyelamat. Alhamdulillah,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fasha terpalit dengan tuduhan membuat pembedahan bariatric iaitu potong usus untuk cepat kurus dan kelihatan langsing.
Fasha bagaimana pun menafikan sekeras-kerasnya dan bakal mengambil tindakan jika tuduhan itu berterusan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tuduh Fasha Sandha Potong Usus Minta Maaf
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live