Hiburan
Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Kongsi Raya
Untuk pengetahuan, peristiwa yang dipanggil ‘Kongsi Raya’ ini hanya berlaku setiap 33 tahun dan berlangsung selama 3 tahun sahaja.
Jadi dalam masa lima tahun lagi, kita bakal melalui peristiwa ini sekali lagi, dan ia dijadualkan jatuh pada tahun 2029 hingga 2031.
Sekali imbas, perkataan kongsi raya mungkin disalah anggap memandangkan kita mempunyai adat, budaya, dan agama yang berbeza.
Namun perkongsian yang dimaksudkan hanyalah kerana tarikh perayaan utama berdekatan antara satu sama lain tanpa melibatkan isu kepercayaan dan akidah.
Tahun peristiwa Kongsi Raya
Beberapa tahun yang peristiwa ini pernah berlaku termasuklah:- 1963-1965
- 1996-1998
Berita Trending: "Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah
Berita Trending: "Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah