Laman Utama
Lahir Dari Keluarga ‘Kayangan’, Raline Shah Tak Pernah Terima Sokongan Termasuk Duit
Melihat kepada penglibatan Raline Shah dalam banyak acara yang dianjurkan dari dalam dan luar negara dan mempunyai hubungan baik dengan ramai selebriti dunia, ramai yang menyangka aktres tersebut mendapat keistimewaan daripada pengaruh keluarganya yang terkenal kaya raya.
Namun ternyata semua tanggapan tersebut salah apabila aktres Indonesia yang pernah membintangi filem Polis Evo 2 itu mendedahkan keluarga tidak pernah menyokong kerjaya seninya sejak dulu.
Mengaku dirinya lahir dalam kalangan keluarga konglomeret, hanya dirinya sahaja yang berkecimpung di duniua hiburan, kerana itu kerjayanya menjadi terpinggir.
Raline merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan bapanya adalah seorang ahli perniagaan, diplomat serta ahli politik.
"Keluarga saya, beberapa generasi, di bahagian manapun, tidak ada seorang pun yang berada di dunia seni atau entertainment.
“Bertentangan sekali mereka dengan ini, karier saya dari awal itu tidak pernah menerima sokongan.
“Saya tidak menerima sokongan baik dari segi kewangan mahupun mental,” dedah Raline seperti dilaporkan Detik.com.
Bintang yang baru mencuri perhatian lewat kemunculannya di karpet merah Festival Filem Cannes 2023 dengan memakai kebaya baru-baru ini malah mengaku menerima kritikan dengan pilihannya menjadi pelaku seni.
“Saya sering dikritik kerana keluarga saya lumayan konservatif," sambung perempuan cantik berusia 38 tahun tersebut.
Dan akuinya, setelah bertahun-tahun kerjaya tidak mendapat sokongan, dia telah lelah untuk berasa sakit hati. Kata Raline kini dia memilih untuk tidak mahu memikirkan hal tersebut lagi.