Lai Pei Jing Dedah Jadi Mangsa Scam - “Simpanan Titik Peluh Saya Hasil Kerja Keras Selama Berdekad-Dekad…”
Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing mendedahkan yang dia menjadi mangsa penipian atau scam sehingga mengakibatkan hampir semua wang simpanannya lebur.
Scam
“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang melihat siaran ini, sama ada anda ingin tahu atau prihatin, sila berikan saya dan keluarga saya ruang peribadi untuk menangani emosi kami.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”
“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
"Sejujurnya, ini merupakan tamparan yang amat berat kepada saya. Simpanan titik peluh saya hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"
"Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya. Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," tulis pemain itu.