Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lakukan Zumba & Cardio Ketika Hamil 7 Bulan, Ini Penjelasan Mawar Rashid

Rozaimi Zubaidi 24/01/2019 | 04:33 MYT
Pelakon Mawar Rashid mengakui walaupun dirinya kini hamil tujuh bulan namun itu bukan alasan untuk dia tidak melakukan senaman.
Menerusi entri di Istagram (IG), Mawar berkongsi sepotong video ketika sedang melakukan senaman.
"Hari ni Mekwa buat cardio, treadmill 27 minutes. Pastu alang-alang join class Zumba yang light-light je.
"Walaupun tengah preggy, tak ada excuse untuk kita exercise kecuali doktor tidak benarkan.
"Tapi ingat, exercise, exercise jugak, warm up and stretching jangan tinggal.
"Air kena minum cukup atleast 2 litre water and cukup rest especially to preggy mommy like me. Take care everyone," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Mawar tidak melakukan senaman secara berlebihan dan mereka mendoakan kesihatan dia serta bayi sentiasa sihat.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri bernikah dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November tahun lalu.
#pelakon #Hamil #Hamil #Pelakon #Mawar Rashid
;