Laman Utama

Lama 'Mengidam', Bunkface Teruja Gegar Sabah Julai Depan! - "Kami Dapat Hadiahkan Peminat Sebuah Konsert ..."

Amri Hassan
17/06/2023
10:59 MYT
Sponsor Banner
Lama 'Mengidam', Bunkface Teruja Gegar Sabah Julai Depan! - "Kami Dapat Hadiahkan Peminat Sebuah Konsert ..."
Kumpulan rock ternama, Bunkface, akan menggegarkan Borneo dengan konsert Bunkface Rock In Borneo yang dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2023 di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.
Bunkface, yang diiktiraf dengan lagu-lagu popular seperti Situasi, Revolusi, dan Panik telah mencipta nama dalam dunia muzik rock tempatan. Mereka dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan mengasyikkan.
Konsert Bunkface Rock In Borneo di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah akan menjadi malam yang tidak akan dilupakan buat peminat-peminat setia Bunkface di seluruh Borneo.
Acara ini menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan, dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang.
"Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan daripada MYCREATIVE VENTURES SDN BHD mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah concert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah," kata Sam.
"Kami juga berharap concert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini," tambah Youk.
Peminat boleh menjangka persembahan luar biasa daripada Bunkface, dengan setlist yang memuatkan lagu-lagu popular dan muzik berkualiti tinggi. Konsert ini adalah peluang unik untuk menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang ditawarkan oleh Bunkface.
Tiket konsert "Bunkface Rock In Borneo" telah mula dijual pada 11 Jun 2023 di tapau1x.tapau.asia. Tiket bermula dari RM 88 untuk CAT 1 - Panik, RM 128 untuk CAT 2- Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar