Laman Utama
“Lamar Atas Awan Memang Next Level, Tapi Kenapa…” - Love! Romantik Betul Cara Engku Emran Ajak Nabila Kahwin
Kisah percintaan Noor Nabila dan Engku Emran masih lagi ‘hangat’ diperkatakan.
Terbaharu, sebuah sebuah video merakamkan Engku Emran melamar Nabila di atas belon udara panas juga sudah mula viral.
Menerusi video dimuat naik syarikat belon berkenaan, Nabila dan Engku Emran pada awalnya hanya menikmati pemandangan.
Bagaimanapun, Engku Emran kemudiannya menyuruh Nabila memandang ke bawah untuk melihat kejutan.
“Nikoh Jom” tulis Engku Emran pada sebuah ‘banner’ yang dihamparkan di atas padang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dengan cara lamaran tersebut.
Ada diantara mereka juga melabelkan konsep tersebut sebagai next level dan jarang dilakukan di Malaysia.
Namun begitu, banyak juga komen-komen nakal yang mengkritik kedua-dua mereka kerana saling berpelukan biarpun ketika itu masih belum bergelar isteri.
Apapun, tahniah buat kedua-dua mempelai!
Sekadar info, Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi semalam di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.