Hiburan
Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.
Tak perlu nak buka aib bekas suami
Menurut Lana, tidak perlu untuk membuka aib tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga kerana perkara itu dikuatiri boleh memalukan keluarga terutama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya apabila sudah dewasa kelak.“Jika anda matang lebih baik tutup mulut dari buka aib bapa pada anak sendiri. Esok budak tu dah besar tengok malu saja,” tulisnya.
Persoal tindakan buka aib
Dalam komen yang sama, Lana juga turut mempersoalkan tindakan Fazura yang mahu berpisah secara baik namun sebaliknya pula yang berlaku.
Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi Isnin.“Kata nak berpisah cara baik kenapa nak terangkan lah, nak buka aib lah, esok orang buka aib awak baru awak tahu. “Jadilah matang dan move on. Biar Allah sahaja tahu kalau awak sedih, tapi bila awak buat keputusan untuk beritahu satu dunia mungkin awak bukanlah mangsa keadaan, jadi bijaklah,” tulisnya.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah-Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet ‘Bertahan Demi Cinta’, Difahamkan Sudah Rakam Ketika Masih Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Perjelas Isu Terima Hadiah Kereta Mewah Daripada Fazura - “Itu Syarikat Punya, Gaji Saya Ditolak Untuk Bayar…”
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu
Bagaimanapun pada hari yang sama, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah merupakan antara salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.
Malah, Fazura juga turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.
Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video