Hiburan
Langit Tiba-Tiba Jadi Jingga, Netizen ‘Berpesta’ Saksikan Fenomena Matahari Cincin!
Meriah hari ini apabila ramai yang memuat naik gambar gerhana matahari cincin atau annulus di platform sosial media masing-masing
Baik Twitter, Instagram mahupun Facebook, kesemua platform sosial media itu telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai gambar gerhana tersebut.
Selain mengambil gambar di kawasan perumahan masing-masing, orang ramai juga tidak ketinggalan melihat fenomena itu di Planeterium Negara juga menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Anulus (CINCIN).
Anda boleh lihat antara posting menarik netizen di bawah.
Sementara itu menerusi laporan Astro Awani pembentukan ‘cincin berapi’ itu tercetus apabila apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.Alhamdulillah was able to witness the eclipse today. Take this opportunity to perform solat sunat gerhana after you’ve done solat zuhur. Eclipse ends at 3pm so there’s still time. pic.twitter.com/7JlXd7ibFn— . (@alyaaoreo) December 26, 2019
Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 ogos 1998 dan semestinya ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena itu.
Di Malaysia, tempat yang paling sesuai untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas adalah di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.
Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu, pada 22 Ogos 1998 dan Mersing, Johor merupakan lokasi sesuai untuk melihat fenomena itu.
Must-Watch Video