Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Laris Di Usia Emas, Jamal Abdillah Dedah Masih Digoda Wanita - “Cukuplah Buat Perkara Yang Menyusahkan…”

Gempak 31/10/2024 | 04:55 MYT
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mendedahkan dia masih berdepan godaan wanita biarpun usianya sudah mencecah 65 tahun.

Suami & bapa

Bagaimanapun, Raja Pop itu sudah menanamkan dalam fikirannya bahawa dirinya seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya.

“Saya tunduk dan jalan terus untuk balik sebab tidak mahu fikir. Saya selalu elak dan tidak memikirkan benda itu, tetapkan dalam fikiran saya adalah seorang suami dan bapa pada anak-anak saya.

“Bila ada unsur macam itu saya tunduk dan jalan terus balik (rumah). Memang ada juga yang minat dekat saya tapi saya tak mahu fikir. Cukuplah sebab bukan muda lagi, kalau yang lain masih muda dan ada rupa lagi.

“Anak pun nak masuk lima orang, cukuplah buat perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun sudah tua, mahu tenang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

Malah penyanyi lagu Gadis Melayu itu bersyukur rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini disulami bahagia yang memasuki tujuh tahun.

Jamal juga bakal menimang cahaya mata kelima pada Januari tahun depan selepas dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6, El Isaac Yamani, 5, Iskandar Rayyan Yamani, 3, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.

Tak ikut perkembangan

Mengulas mengenai isu perceraian rumah tangga pasangan selebriti yang menjadi trend sejak mutakhir ini, Jamal mengakui tidak mengikut perkembangan namun menganggap ia satu ujian kehidupan.

“Saya tak ikuti sangat cuma dengar begitu sahaja, kita buat kerja kita dan ia adalah proses kehidupan yang sudah Allah tentukan, teruskan sahaja perjalanan. Saya juga pernah melalui apa yang dihadapi pasangan itu (bercerai).

“Apa saya ingin katakan, ini (soalan) yang diberikan adalah provokasi daripada pengamal media. Sepatutnya kita bertanggungjawab menjernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi.

“Kita tahu provokasi ini akan menjadi panas tapi daripada segi nilai murni tidak difikirkan demi lebih kontroversi hingga menimbulkan ketegangan sebagai contoh hubungan saya dan anak sebelum ini,” jelasnya.

Sumber – MalaysiaGazette

#Jamal Abdillah #Digoda wanita #Masih laris #Usia emas
;