Berita

“Lavienda Kene Rehat Seminggu, Sebelum Operation Untuk...”- Anak Bienda Dimasukan Ke Hospital

Syafiqah Jalal
10/12/2018
03:59 MYT
Sponsor Banner
“Lavienda Kene Rehat Seminggu, Sebelum Operation Untuk...”- Anak Bienda Dimasukan Ke Hospital
Penyanyi Bienda memberitahu anaknya, Lavienda Namiraz, 6, bakal menjalani pembedahan membuang tonsil selepas demam dan dimasukan ke hospital.
Namun pembedahan itu akan dijalankan selepas seminggu anaknya pulih daripada demam.
“Lavienda admited because of tonsil fever...We decide to remove the tonsil...Tapi buat masa ni, belum boleh lagi sebab tonsil tengah bengkak...
“InsyaAllah, selepas recovery...Lavienda kena rest seminggu sebelum operation tonsil dilakukan.
“Nervous juga...moga ini yang terbaik untuk Lavienda,” tulisnya.
Bienda berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram peribadinya.
Bagaimanapun, Bienda memberitahu anaknya sudah dibenarkan pulang mulai harini.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar anaknya segera pulih dan diberi kesihatan yang baik.
Bienda telah berkahwin dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar