Lebih 1,000 Pelakon Digunakan? Ini Trivia Menarik Tentang Filem Butak!
Pada mereka yang telah menonton filem Butak, pastinya kagum dengan setiap aspek dan babak yang dihasilkan penuh terperinci.
Namun, tahukah anda banyak lagi perkara menarik tentang filem Butak?
Gempak senaraikan tiga trivia menarik anda patut tahu:
#1 Latar Belakang Tahun 60-an!
Jika melihat color grading atau tone filem ini, ia seakan-akan membawa anda ke zaman dulu-dulu.
Jangan pelik kerana filem ini berlatarkan tahun sekitar 60-an iaitu sekitar 1968.
Dari segi tata rias pelakon, gaya rambut, penggunaan pengangkutan sehinggalah set pasar pagi, semuanya disusun kemas.
#2 Guna Loghat Batu Kurau
Dialog yaang dilontaran di dalam filem ini menggunakan bahasa Melayu patani Batu Kurau.
Pasti ramai yang tidak tahu penduduk Batu Kurau mempunyai loghat dan dialek mereka sendiri.
Bila didengar ia seolah dipengaruhi loghat Utara dan Kelantan yang menggunakan dialek Patani.
#3 Jumlah Pelakon Bukan Biasa-Biasa!
Buat yang sudah menonton, pastinya anda kagum dengan jumlah dan kapasiti pelakon dalam filem ini.
Ini kerana hampir 1000 orang pelakon ekstra telah terlibat di sepanjang penggambaran filem Butak daripda hampir 50 kampung di sekitar Batu Kurau Perak.
Menarik bukan?
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.
Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.
Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.
Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
BACA: Review Gempak: Butak, Percampuran Rasa Benci, Menyampah Dan Geram, Semuanya Bersatu!