Berita
Leka Rakam Video, Remaja 14 Tahun Maut Dilanggar Kereta Api
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut dilanggar kereta api saat merakamkan perjalanan kenderaan itu di antara Stesen Jatinegara dan Steseyn Pondok Jati, Matraman, Jakarta Timur pada Sabtu.
Tragedi tersebut terakam dalam sepotong video yang kini tular di media sosial.
BERITA TRENDING: “Sebenarnya Saya Pengsan Sebab…” – Namie Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden…
Menerusi video tular berkenaan, remaja itu berdiri di landasan menghadap keretapi yang sedang melintas sambil memegang telefon bimbit.
Tanpa disedari, ada satu lagi kereta api datang dari arah belakang, bergerak atas landasan tempat dia berdiri. Akibat leka, mangsa dilanggar oleh kereta api tersebut.
Memetik Kompas TV, seorang saksi memberitahu yang mangsa datang ke lokasi berkenaan bersama empat temannya sejak pagi.
Ketika mangsa dilanggar, tiga temannya lari ketakutan. Namun, salah seorangd daripada mereka melaporkan ke pos terdekat.
Saksi yang dikenali sebagai Tera itu berkata, mangsa yang kerap membuat kandungan untuk YouTube itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Bikin content, macam YouTuber. Meninggal di lokasi,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Mataram Pesuruhjaya Suprasetyo berkata, mangsa dan rakannya memasuki persimpangan kereta api itu melalui laluan haram di Pisangan Baru, berhampiran Stesen Pondok Jati.
BERITA TRENDING: Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup…
Berdasarkan pemeriksaan terhadap teman korban, remaja tersebut sudah diingatkan bahawa ada kereta yang melintas.
Sementara itu, difahamkan, jenazah telah dituntut oleh keluarga.