Gaya Hidup

Lelaki Boleh Guna Mata Kasar Untuk Periksa Tahap Kesihatan Air Mani Sendiri, Ini Cara-Caranya

Ernalisa
30/09/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Boleh Guna Mata Kasar Untuk Periksa Tahap Kesihatan Air Mani Sendiri, Ini Cara-Caranya
Kehadiran zuriat pastinya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri sebaik sahaja mendirikan rumah tangga.

BERITA BERKAITAN : Lany ‘Angau’ Dengan Malaysia, Suka Makan Rendang Ayam | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Nenek 80 Tahun Bersaing Rebut Mahkota Miss Universe Korea

BERITA BERKAITAN : Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

BERITA BERKAITAN : Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun
Namun, terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penghalang untuk pasangan suami isteri menimang cahaya mata termasuklah masalah tidak subur.
Bagi kaum Adam, pemeriksaan awal sebenarnya boleh dilakukan melalui pemerhatian mata kasar ke atas air mani.
Pegawai Makmal Perubatan Dunia Lab, Muhammad Noor Zakaria atau lebih senang disapa sebagai Mdno menggariskan beberapa petanda jika air mani itu dapat dikategorikan sebagai 'tidak sihat'.

"Sesiapa di luar sana yang sukar nak dapat zuriat, lelaki terutamanya, jangan hanya menuding jari ke arah isteri. Beranikan diri untuk buat sperm analysis.

"Ini adalah beberapa petanda awal dan ada beberapa perkara yang boleh semak secara visual dekat rumah dulu, antaranya kita boleh tengok volume air mani.

"Kaum lelaki boleh tadah air mani di mana-mana bekas dan lihat isipadunya," katanya ditemui Gempak.

Berikut panduan buat kaum lelaki memeriksa kualiti air mani sendiri:
1) Isipadu
Isipadu air mani untuk setiap kali ejakulasi haruslah di antara dua hingga tujuh mililiter (ml), kalau terlampau sikit air mani itu maksudnya ada masalah ketidaksuburan dalam sistem reproduksi.
Ini kerana jika semen tidak mencukupi, maka kuantiti sperma juga sedikit dan semakin rendah peluang untuk mendapatkan zuriat.
2) Kepekatan
Seterusnya perhatikan juga keadaan air mani apabila mula dikeluarkan. Ia tidak boleh terlampau likat ataupun cair, harus sedang-sedang sahaja.
3) Warna
Air mani yang sihat haruslah mempunyai warna keruh atau seperti kanji atau warna putih susu.
Namun,jika air mani menunjukkan warna coklat ia membawa maksud berkemungkinan ada pendarahan dalaman dalam sistem repoduksi lelaki tersebut.
Tapi jika air mani anda bewarna kehijauan ia membawa maksud ada jangkitan kuman.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar