Lelaki Didakwa Hina Puteri Sarah Rupanya Dibenci Warganet - "Tolong Heret Dia Sampai Dia Tak Wujud Dah Kat Internet"
Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan yang dia telah memperoleh beberapa maklumat peribadi individu yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya dan Bella Astillah di media sosial baru-baru ini.
Maklumat
Puteri Sarah menerusi kemas kini di platform X memberitahu, antara maklumat yang telah diperolehi termasuklah tempat kerja, selain nombor telefon milik lelaki berkenaan.
“Dekat media sosial je berani. Well, dah tau tempat kerja dia. Dah ada number phone pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Ingat kau deactivate kes tutup?” tulis Puteri Sarah.
Sokong
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna platform X menyokong jika Puteri Sarah mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.
“Tolong Kak Sarah. Take one for the team. Dah lama sangat dia buat onar. Kami takda resources untuk tarik dia. Tolong heret dia sampai dia tak wujud dah kat internet.”
“Terima kasih sebab wakilkan I. Bertahun dah dia sakitkan I dengan tweet dia selama ni. Harap this time Allah SWT balas setimpal lah. Hujan lebat ni, waktu mustajab doa.”
“Bila buku bertemu ruas! Yeahhh puas hati aku bila dia kena macam ni! Sarah, nanti update ok! Take legal action if possible so that lepas ni kes cyberbully and etc jadi makin kurang. Kita orang follow rapat untuk follow the next update!.”