Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lelaki Kantoi Curang Tak Mengaku Pukul Isteri

Gempak 25/06/2024 | 03:10 MYT
Lelaki yang videonya tular memukul isterinya selepas dikatakan kantoi curang di sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Selasa.
Tertuduh, Mohd Ridwan Mat Nasir, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan dibacakan.

BERITA TRENDING: Lelaki Kantoi Curang Viral Pukul Isteri Didakwa Hari Ini!

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik pada 24 Mei 2024, jam lebih kurang 9.50 pagi di sebuah hotel di Port Dickson telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya yang berusia 38 tahun.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

BERITA TRENDING: Kes Suami Kantoi Curang, Pukul Isteri Habis Pantang, Polis Buka Kertas Siasatan

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Asiah Mahmud mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni memohon jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan dia hanya bekerja sebagai juruteknik.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes 23 Julai ini.
Sebelum ini, polis mengesan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki memukul isterinya yang dipercayai baru habis berpantang.
Berdasarkan siasatan polis, kejadian disyaki berlaku disebabkan lelaki terbabit kantoi curang.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa berusia 38 tahun cedera di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota.

BERITA TRENDING: Isteri Curang, Suami Hantar Sihir & Pernah Upah Orang Untuk ...

BERITA TRENDING: Rakan Sekerja Bercinta Dengan Pondan Gara-Gara Isteri Berlaku Curang

Sumber: Sinar Harian
#Viral #Isteri #Mahkamah #Pukul #Curang #Kantoi #Lelaki
;