Berita

Lelaki Nekad Rompak Kedai Emas Buat Modal Kahwin Kekasih Gelap

Gempak
26/12/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Nekad Rompak Kedai Emas Buat Modal Kahwin Kekasih Gelap
Demi mengahwini kekasih gelap, seorang lelaki nekad merompak sebuah kedai emas untuk dijadikan modal pernikahannya.
Perbuatan itu dilakukan individu dikenali sebagai AYS, 37, di kawasan Pasar Kemukusan, Desa Ciberem di Kecamatan Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia pada Khamis lalu.
Dia dilaporkan 'beraksi' secara sendirian dengan menaiki motosikal dan turut membawa senjata api.
AYS melarikan kira-kira 26 kalung emas seberat 279 gram bernilai 153 juta rupiah (RM42,371).
Siasatan awal mendapati pelaku menyasarkan kedai emas itu menggunakan aplikasi Google Maps setelah mendapati ia tidak mempunyai ciri keselamatan yang ketat.
Pada mulanya, AYS berpura-pura mahu membeli rantai emas sebelum dia mengugut penjual dan melarikan sejumlah kalung emas.
Jurucakap polis, Andryansyah Rithas Hasibuan berkata, suspek mengaku salah satu tujuan rompakan itu dibuat adalah untuk membuat persiapan berkahwin dengan kekasih gelapnya.
"Siasatan juga mendapati isterinya sedang bekerja di luar negeri," ujarnya.
Difahamkan, dia akhirnya ditahan pihak berkuasa di Surabaya, Jawa Timur pada Ahad lalu.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024