Berita

Lelaki Pandu Axia Pusing Beratus Kali Di Bulatan Alami Skizofrenia

Gempak
15/02/2025
09:20 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Pandu Axia Pusing Beratus Kali Di Bulatan Alami Skizofrenia
Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, Kluang yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia atau gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, bagi penyakit terbabit.
Jelasnya, lelaki terbabit juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menerima rawatan penyakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada 2020 dan 2021.
"Pada jam 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Kenderaan terbabit berjaya dihentikan anggota polis kira-kira 10 minit kemudian.
"Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku. Siasatan dilakukan mendapati kereta Axia yang dipandu itu milik abang kepada lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Bahrin memaklumkan, pihak keluarga dinasihatkan tidak membenarkan lelaki terbabit keluar rumah tanpa ahli keluarga selain dilarang memandu kenderaan.
Sebelum ini, seorang pemandu Perodua Axia dikatakan memandu mengelilingi Bulatan Mahkota di Kluang, beratus kali bermula dari pagi hingga malam.
Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal' atau lampu isyarat kecemasan.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024