Hiburan
Lembah Klang Pun Mood Kudrat! Digital Billboard Kahar: Kapla High Council Memang Power!
Papan iklan digital filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, Kahar: Kapla High Council yang dipasang di sekitar Lembah Klang menjadi buah mulut netizen.
Mana tidaknya, iklan papan tanda besar yang itu membuatkan ramai yang sudah mengambil mood untuk menonton naskhah fenomena itu.
Paparan iklan digital itu dipasang antaranya di sepanjang lebuh raya Faderal (Amcorp, Sunway PJ51A), LDP (Penchala Auto Showroom), Sprint (Kayu Ara), MRR2 (Sri Damansara, Batu Caves, Ampang City, Jalan Ampang) dan NKVE (Damansara, KL-Seremban highway).
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama bersama Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan.
Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Kahar: Kapla High Council telah mula temui penonton di pawagam menerusi tayangan awal pada 27 November dan Khamis merupakan tayangan rasmi.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja.
Malah, filem ini juga turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.
Sinopsis:
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Saksikan filem Kahar: Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Must-Watch Video