Terkini

“Saya Fikir Kenapa Tidak…” - Aedy Ashraf Diberi Kepercayaan Jadi ‘Action Producer’ Kahar: Kapla High Council

gempak
Mya Amri
28/11/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Fikir Kenapa Tidak…” - Aedy Ashraf Diberi Kepercayaan Jadi ‘Action Producer’ Kahar: Kapla High Council
Pelakon, Aedy Ashraf berasa berbesar hati diberi tanggungjawab untuk menjadi penerbit aksi bagi filem terbaharu lakonannya, Kahar: Kapla High Council.

Aedy sebagai action producer

Menurut Aedy, penglibatannya merangkumi segala jenis aspek termasuklah memantau babak aksi, koreografi, sesi latihan dan juga menjaga pemakanan mereka.
“Saya digalaskan tanggungjawab sebagai action producer untuk filem Kahar dan apa yang saya lakukan adalah saya gabungkan trainer pasukan iaitu Ijam sebagai koreografi dan action director saya, Haris Shaukat.
“Kedua-dua mereka tidak pernah bekerja sekali dan alhamdulillah, saya rasa dengan backup dan juga sokongan daripada pengarah, Razaisyam Rashid dan juga producer kami, Fatimah semuanya berjalan lancar.

“Mereka memberi kepercayaan kepada saya dan saya terlibat dengan semua perkara yang berkait rapat dengan babak aksi, koreografi dan sebagainya. “Saya menjaga antaranya dari segi pemakanan, gym training, sesi koreografi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Aedy berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media malam gala tayangan filem Kahar: Kapla High Council yang diadakan di GSC Midvalley, pada Isnin.

Kongsi ilmu dan pengalaman

Dalam pada itu, Aedy juga berkata dia berasa gembira dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada kepada para pelakon yang terlibat.

“Saya pernah berlakon filem aksi walaupun tidak banyak, dan ramai daripada mereka tidak pernah ada pengalaman itu. “Jadi saya fikir mengapa tidak saya kongsi sedikit pengalaman yang saya ada kepada semua sebab saya tidak mahu mereka melakukan kesilapan yang membuatkan diri mereka rasa ‘sepatutnya boleh buat lebih baik lagi’

“Jadi itu adalah sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk saya kongsikan kepada bintang baharu yang akan datang,” jelasnya.

Saksikan Kahar: Kapla High Council kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapura pada 5 Disember.

Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Aedy Ashraf Bangga Jadi Anak Kelantan! Tak Kekok Kecek Kelate Bila Bawa Watak Beja

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang.
Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024