VIRAL

"Lepas Ni Dah Tak Ada 'Hey What's Up Guys' Ker?" - Netizen Risaukan Nasib Khairul Aming

Amri Hassan 24/07/2020 | 01:20 MYT
Pengguna media sosial tampil meluahkan kerisauan terhadap nasib yang bakal menimpa beberapa personaliti media sosial antaranya Khairul Aming.
Selain risau akan punca pendapatan daripada media sosial, ramai yang mengakui bakal merindukan tagline popular Khairul Aming, 'Hey, what's up guys'.
"Ketika bulan puasa kita teruja tunggu tengah hari sebab nak tengok Khairul Aming post video masakan," luah @niqisha.
"Kami masih mahukan video masakan dan dengar 'hey wassup guys'," tambah @Ha_iril.
Khairul Aming yang popular menerusi resepi masakan ringkas di Instagram terutamanya di bulan Ramadan antara personaliti media sosial yang disayangi ramai.
Mengulas mengenai isu permohonan lesen yang diperuntukkan kepada semua bentuk penggambaran, termasuk rakaman media sosial peribadi, kata Khairul Aming, tindakan terbabit akan mengehadkan kreativiti orang ramai.
"Sepatutnya buat lagi banyak perbincangan dengan content creators macam mana nak naikkan lagi nama Malaysia. Saya pun nak sertai dan belajar.
"Kandungan negara jiran pun sudah jauh ke depan. Bekerja bersama dan bukannya buat lesen untuk mengehadkan kreativiti orang kita.
"Dunia dah berubah dan semua dah beralih ke media digital. Kita sepatutnya beradaptasi dan menggalakkan usaha ini," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Khairul Aming akui videografer antara pihak yang banyak berperanan mempromosikan lokasi pelancongan negara secara percuma menerusi kerja kreatif mereka.
"Videographers banyak mempromosi tempat percutian lawa di Malaysia menerusi YouTube dan Instagram. Mereka melakukan promosi percuma kepada negara kita," tambahnya.
Hal yang sama diluahkan oleh personaliti media sosial Azfar Heri yang turut popular menerusi video masakan dan cerita hantu.
"Takkan aku nak rekod memasak dekat rumah pun kena ada lesen?" soalnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan kenyataaan tular itu, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan terbarunya, laporan media mengenai jawapan beliau memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan sebenar.
Saifuddin juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak berniat menggunakan akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.
BACA: Isu Lesen Perfileman FINAS, Ini Penjelasan Menteri
#FINAS #Khairul Aming #Azfar Heri