VIRAL
"Lepas Ni Nak Berlakon Dengan Produser Jambu Saja" - Nam Ron Pula Bersuara, Getus Rasa Kecewa
Pelakon filem Misteri Dilaila, Nam Ron terpanggil untuk mengulas isu produkser selektif pilih pelakon rupawan.
Kata Nam Ron, tidak salah sekiranya dia pula meletakkan syarat untuk dipanggil berlakon dalam sesebuah naskhah filem atau drama selepas ini.
"Lepas ni Tok Ayah hanya nak berlakon dengan produser, dop, ad, art director, gafer, grip yang jambu, hensem dan jelita saja.
"Kalau takdak ciri-ciri tu, jangan panggil Tok Ayah," tulisnya menerusi akaun Twitternya.

Kurang bersetuju dengan kenyataan penonton lebih mahu melihat pelakon cantik atau kacak berbanding bakat, Nam Ron juga berhasrat untuk menghasilkan filem yang hanya dibarisi pelakon 'tiada rupa'.
"Walaupun Tok Ayah hensem dan jadi rebutan gadis dan wanita Tok Ayah tetap tak setuju dengan kenyataan 'jangan datang ujibakat kalu tak jambu dan hensem' oleh seorang produser yang acah-acah lawa tu.
"Lepas ni Tok Ayah nak buat filem yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang tiada rupa yang menawan.
"Pelakon yang hensem dan jambu boleh pi cari produser ni, Tok Ayah reject," tambah pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 itu.
Tular baru-baru ini kenyataan seorang penerbit wanita yang mendahulukan rupa berbanding bakat ketika diundang sebagai juri untuk ujibakat.
Kenyataan itu menghiris perasaan segelintir pelakon dan menganggap ia tidak relevan.
Dalam perkembangan lain, filem Misteri Dilaila lakonan Nam Ron akan memulakan tayangan di Indonesia hari ini.
Filem yang turut dibarisi Zul Arifin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan dan Datuk Rosyam Nor itu mendapat pujian ramai apabila pertama kali menghasilkan dua kesudahan dalam satu filem.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.
Must-Watch Video