Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Lepas Tengok Wajah Abang Ajai Saya Tiba-Tiba Jadi…” - Fadh Majid Akui Kesilapan Lupa Lirik Antara Faktor Kekalahan!

Hanafis Haris 06/10/2020 | 03:10 MYT

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Fadh Majid akui kesilapannya yang terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Pantun Budi menjadi salah satu punca dia mendapat tempat kelima dalam konsert akhir yang berlangsung Ahad lalu..

Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid, 27, menjelaskan ketika itu dia berasa sedikit gementar terutama selepas melihat wajah juri Ajai.

"Tak tahu kenapa saya tiba-tiba lost dan terus tak ingat lirik, hanya menyebut lirik yang sama iaitu 'papan di jawa' sebanyak tiga kali.

“Mungkin disebabkan masa itu saya terpandang abang Ajai, terus jadi gementar,” katanya secara berseloroh.

Jelas Fadh lagi, biarpun keputusan tidak memihak kepadanya, namun dia masih berbangga kerana masih layak ke final.

“Habis je persembahan saya serahkan semuanya kepada Allah, sebab saya pun rasa berbangga dapat sampai ke final.

“Berbanding dengan peserta lain, saya paling underdog lagi.

"Tapi bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki. Kalau sudah memang rezeki saya, salah lirik ke tumbang ke tapi kalau dah Allah dah kata saya juara, saya tetap juara,” katanya.

Fadh ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert akhir BS2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad lalu.

BS2020 telah melabuhkan tirainya dengan cukup hebat apabila Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

BACA: Big Stage 2020: Azzam Sham Juara Big Stage 2020!

#BS2020 #Bigstage2020 #“Fadh #Majid”
;