Hiburan
Letak Nanas Dalam Gulai Lemak Ketam, Ramai Risau Kandungan Amyra Rosli
Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.
Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat 'tajam' bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati Amyra.
"Laa kita masak lemak ketam letak nanas ramai DM tanya mengandung bole makan nanas? Tak tajam ke?
"Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?
"Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.
"Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.
"Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau," terang Amyra.
Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.
"Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nanas dalam makanan. Terima kasih kalian.
"Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay," tambahnya.
Mitos nanas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nanas dan punca keguguran.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.