Hiburan
Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa
Penyampai radio, Linda Onn akui kurang bersetuju dengan etika bahasa yang digunakan oleh penyampai radio masa kini.
Linda menerusi video berdurasi dua minit 15 saat yang tular baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila penggunaan bahasa Melayu oleh penyampai radio kini semakin merosot dan tidak mencerminkan profesionalisme dalam pekerjaan mereka.
“Saya sebenarnya tidak setuju bila dengar penggunaan bahasa yang disampaikan oleh penyampai radio sekarang. Saya tidak kisah tentang siapa yang menjadi penyampai radio. Saya hanya kisah tentang penggunaan bahasa sahaja”, katanya.
Dalam pada itu, Linda juga turut mendedahkan bahawa dirinya pernah dimarahi oleh pihak atasan kerana penggunaan ayat yang disampaikan itu bercampur dengan bahasa Inggeris
“Dulu kalau saya cakap dalam satu ayat penuh dalam bahasa melayu dan terselit satu perkataan dalam bahasa inggeris, boss saya terus telefon dan memarahi saya melalui panggilan telefon siap kena jerit-jerit.
"Sebab itulah bahasa kena jaga sebab kita tak pasti siapa yang mendengar stesen radio kita. Adakah dia Perdana Menteri ke, orang orang ternama ke kita tak pasti. Sebab itulah kena jaga tutur bahasa kita”, jelasnya.
Pada masa yang sama, Linda juga menyatakan keprihatinan terhadap penggunaan bahasa pada masa kini yang dianggap semakin tidak terkawal atau kurang sopan.
“Semasa saya jadi penyampai radio, saya tidak menggunakan perkataan ‘aku, kau korang’, saya hanya guna perkataan ‘awak, saya, anda, mereka’, kerana itu lebih sopan. Saya rasa penggunaan bahasa sekarang tidak boleh dikawal lagi”, ulasnya.
Netizen
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Linda dan menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu mencerminkan budaya yang sebenar.
“Setuju. Penggunaan bahasa radio sekarang terlampau santai. Saya setuju dengan linda onn. Bahasa pengaruh budaya”
“100% setuju dengan awak Linda Onn”
“Saya setuju dengan linda. Tutur bahasa yang sopan dan beradab itu lebih mencerminkan diri kita sebagai rakyat Malaysia”, komen dari netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video podcast itu telah meraih 261,600 ribu tontonan dan 14,500 ribu butang suka.
BERITA TRENDING: Panas Isu Gaji Penyampai Radio, Linda Onn Nafi Dibayar RM45,000 Sebulan!
BERITA TRENDING: Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”
BERITA TRENDING: “Anda Tak Perlu Buat Pengumuman Bila Rasa Nak Unfollow Me” - Zarina Anjoulie
BERITA TRENDING: Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh
Sumber: TikTok