Laman Utama

#ListenToAided: NJWA Memang 'Sesuatu', Hayati Lima Lagu Nyanyian Anak Mantan Perdana Menteri Malaysia Ini

Asraf Aided
18/08/2021
12:27 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: NJWA Memang 'Sesuatu', Hayati Lima Lagu Nyanyian Anak Mantan Perdana Menteri Malaysia Ini
NJWA atau Najwa Mahiaddin, satu nama yang tidak asing dan seorang penyanyi unik, serta punya kualiti tersendiri.
Lagu-lagu NJWA selalunya kedengaran menenangkan dengan genre soul, pop, blues dan bermacam lagi.
Apa yang pasti, penyanyi berbakat besar seperti NJWA memiliki pengikut dan peminat setianya sendiri.
Hari ini, #ListenToAided mengajak anda untuk imbas kembali dan nikmati lagu dan persembahan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 ini.
Got To Go
Bravo NJWA! meskipun lagu ini dilancarkan pada sekitar tahun 2011, ia masih segar dan classy sehingga hari ini.
Saya sangat menyukai muzik videonya, she got attitude! NJWA berjaya menyampaikan lagu ini dengan cemerlang.
Muzik video rasmi lagu ini mencecah lebih 400,000 tontonan di saluran YouTube Warner Music Malaysia.
After The Rain - NJWA feat JUNY
Sebaris lirik lagu ini menarik perhatian saya, 'after the rain comes the sun'.
Lagu hasil tulisan JUNY ini berkait rapat dengan kehidupan kita. Walau apapun dugaan menimpa, kita harus tabah dan bersatu menanti sinaran baru di masa akan datang. Insya-Allah.
Lagu ini juga menyebut tentang Malaysia, malah NJWA turut menyertakan tanda pagar (#KeepYourHeadUpMalaysia dan #AfterTheRain) bersama muzik video lagu ini di YouTube.
Seri Mersing
Meskipun nyanyian semula, Seri Mersing versi NJWA punya misteri tersendiri.
Muzik videonya yang hanya dihasilkan dalam warna hitam putih cukup memukau, elemen tradisional, kebudayaan dan elemen moden diadunkan dengan sempurna.
Muzik video Seri Mersing versi NJWA diarahkan oleh Zul Luey dan dilancarkan di YouTube pada tahun 2015.
Sentiasa Merinding - NJWA & Imran Ajmain
Padanan vokal NJWA dan Imran kedengaran sesuai dan saling melengkapi dalam lagu ini.
Lagu ini dicipta sendiri oleh NJWA, Imran dan Az Avex Azman dan dilancarkan pada tahun 2017.
Seperti biasa, gaya nyanyian dan fesyen NJWA dalam lagu ini effortless, tapi masih menang!
Togok - NJWA feat CEE & Gangsapura
This is one of my favorite! Muzik Video Togok versi Live nyanyian NJWA sememangnya lain dari yang lain.
Irama bersulam bunyian gamelan membuatkan lagu ini 'sesuatu'. Lebih menarik, set gamelan yang digunakan untuk lagu ini berusia 210 tahun.
Proses rakaman pula dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang. Togok (Live) persembahan NJWA feat CEE & Gangsapura dilancarkan di YouTube pada 15 Januari tahun ini.
Demikianlah lima lagu nyanyian NJWA yang mempunyai nilai dan intrepetasi seni tersendiri.
Semoga kreativiti NJWA terus mewarnai industri muzik tanah air!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar