Hiburan

Luah Rasa Sayang, Farid Kamil Titip Pesanan Buat 2 Anaknya - “Jangan Tinggal Sembahyang…”

Asyikin Mayudin
31/10/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Luah Rasa Sayang, Farid Kamil Titip Pesanan Buat 2 Anaknya - “Jangan Tinggal Sembahyang…”
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan suaminya yang juga aktor Farid Kamil kini menjadi bualan hangat media sosial.

Pesanan untuk anak

Luah rasa sayang terhadap dua orang anaknya, Farid menerusi video podcast Sembang Kaki Lima yang dimuat naik di Instagram turut menitipkan pesanan buat Muhammad dan Nur Aurora.

“Okay baba nak cakap dekat Muhammad, Aurora, baba sayang anak-anak baba. Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu.

“Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada barulah kalian berjalan (dengan selamat) dalam hidup dengan penuh fana,” luahnya.

Sanggup lakukan apa saja

Pada perkongsian yang sama, Farid meluahkan rasa cinta terhadap dan isterinya selain turut mengatakan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati mereka.
“Saya sayang anak-anak dan isteri. Saya sanggup buat apa saja dan tak kisah apa yang perlu untuk menang hati mereka. Itu maksud keluarga bagi saya.
Selepas setahun kembali rujuk, pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Minta Duit Netizen, Farid Kamil Anggap Musim Cerai Ada Kaitan Dengan Politik - “Awak Tak Perasan Ke Semua…”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Nafi Dakwaan Diana Danielle Fail Cerai Sebab Orang Ketiga - "Apa Yang Jadi Bukan Seperti Yang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku Sedikit Salah Faham, Farid Kamil Reda Jika Berlaku Sebarang Kemungkinan - “Dalam Rumah Tangga Bila Masa Bulan Mengambang…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

Bagaimanapun, pemilik nama nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.
Pada Rabu, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil di antara dia dan isterinya, Diana Danielle sebelum aktres itu berkongsi kenyataan yang dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar