Laman Utama
Lufya Cedera, Bergelut Selamatkan Anak Hampir Diculik Di Taman Permainan
Pelakon Lufya Omar berdepan detik cemas apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Ahad lalu.
Kongsi Lufya, dia telah dibelasah dengan menggunakan sebatang kayu di bahagian muka dan badan hingga menyebabkan kecederaan.
"Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Ketika itu kami berada di sebuah taman permainan di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.
"Seorang lelaki Melayu bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya," tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, Lufya dan anaknya selamat daripada keadaan mencemaskan itu.
"Alhamdulillah, anak selamat dan saya pun selamat, i'm a fighter!" tambahnya.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Lufya berkongsi keadaannya wajahnya yang calar-balar dipercayai kesan daripada pergelutan itu.
Dalam pada itu, Lufya memberitahu demi keselamatan diri dan anak, seorang wanita perlu mempunyai ilmu seni mempertahankan diri supaya sekurang-kurangnya bersedia berdepan dengan situasi itu.
“Apa yang saya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempertahankan diri.
“Ikutkan orang yg menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya
dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert.
“Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup but perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” ujarnya.
Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
#pelakon
#Lufya Omar
#Penyanyi
#Anak
#Cedera
#Culik
#Pukul
#Laana Haura
#Kayu
#Belasah
#Taman Permainan