Laman Utama

“Maafkan Kami Buruk Sangka Sebelum Ni”- Dulu Hina & Kutuk Caprice, Now Ramai U-Turn?

Hanafis Haris
23/09/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
“Maafkan Kami Buruk Sangka Sebelum Ni”- Dulu Hina & Kutuk Caprice, Now Ramai U-Turn?

Penyanyi rap Caprice berkongsi luahan beberapa pengikut Instagramnya yang secara tiba-tiba tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi posting di Instagram Story, ramai yang seakan membuat pusingan ‘u-turn’ selepas mengutuk dan menghina selebriti berkenaan.

Malah, ramai juga yang kesal kerana tidak percaya apa yang cuba disampaikan Caprice sebelum ini.

“Caprice i minta maaf tau, terburuk sangka before this”.

“Sorry for everything Cap, maafkan kami semua kalau ada terkutuk”.

“Maafkan saya jika bersangka buruk sebelum ini,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu menurut Caprice, dia tidak menyangka ramai yang tampil memohon maaf menerusi akaun Instagramnya.

Menurutnya, dia faham dengan situasi tersebut dan semua orang pasti membuat silap.

“Its okay guys, secara jujurnya Caprice faham dan kita cuba untuk banyak bersabar selama ini.

“Insya-Allah semua akan jelas tidak lama lagi,” katanya.

Sekadar info, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Pada 21 Julai lalu, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Siasatan kes fitnah itu kemudian dianggap selesai dan pihak polis tidak akan mengambil keterangan Caprice.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya sedia maklum Caprice telah kembali ke Malaysia, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, tiada keperluan untuk memanggilnya (Caprice) untuk tujuan merekodkan keterangan memandangkan dia telah menjawab persoalan menerusi emel, baru-baru ini," tambahnya.

Dalam kes berasingan, Caprice sebelum ini pernah mendedahkan telah menerima lebih 60 kes ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memberitahu disebabkan ugutan-ugutan tersebut, dia terpaksa diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang cukup ketat.

BACA : Diugut Jangan Datang Pulau Pinang, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ancaman Bunuh - “I Have Been Under 24/7 Security..”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar