Hiburan

Mahu Beri Pengalaman Terbaik, Khairul Aming Rancang Sendiri Tentatif Percutian Staf - “Tanpa Kerja Keras Mereka, Saya...”

Umirah Halim
02/11/2024
02:09 MYT
Sponsor Banner
Mahu Beri Pengalaman Terbaik, Khairul Aming Rancang Sendiri Tentatif Percutian Staf - “Tanpa Kerja Keras Mereka, Saya...”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila percutiannya bersama staf baru-baru ini berjalan dengan lancar.

Rancang sendiri

Menurut Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, dia terbuka untuk berkongsi rezeki bersama pekerjanya kerana menganggap kejayaan perniagaannya itu tidak terhasil tanpa keringat kakitangannya yang komited.

“Alhamdulillah, semuanya sangat smooth untuk percutian baru-baru ini.

“Bagi saya itu benda yang memang saya kongsi rezeki dengan staf saya, saya pun tidak dapat mencapai angka hari ini tanpa kerja keras mereka,” ujarnya ketika ditemui Gempak ketika di majlis Shopee Superstar Awards 2024 bertempat di The Agam baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Khairul Aming Dedah Pelbagai Cara Orang Hantar Resume Nak Bekerja - “Letak Bawah Pintu, Dalam Troli...”

BERITA TRENDING: Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Bawa Staf Bercuti Hampir RM1 Juta, Netizen: - “Nak Jadi Staff Juga..”

BERITA TRENDING: Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

BERITA TRENDING: "Masalah Saya Sekarang Ni ..." - Sara Ali Masuk Kelas Lakonan Demi Filem Bisikan Dosa

Tambah Khairul, dia turut memilih untuk merancang sendiri perjalanan percutian tersebut bagi memastikan pekerjanya mendapat pengalaman yang terbaik.

“Itu semua saya sendiri yang rancang. Saya pergi sendiri Penang, pergi setiap restoran, setiap hotel dan cakap dekat pemilik dan minta aturkan semua untuk saya bawa staf saya, dan mereka bersetuju.

“Kemudian saya balik, saya akan bagitahu team saya, semua tempat yang kita akan pergi.

“Memang saya yang pilihkan semuanya sebab saya memang nak bagi yang terbaik untuk team saya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Khairul Aming memilih untuk menutup kilang miliknya selama lima hari untuk membawa 100 pekerjanya bercuti di Pulau Pinang.

Malah, kesemua pekerjanya disediakan penginapan di hotel bertaraf lima bintang untuk berehat dan bercuti dengan gembira.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar