Hiburan
Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"
Penyanyi, Aisha Retno mendedahkan telah menerima beberapa mesej daripada peguam untuk membantunya dalam isu bersama penganjur konsert, Yuka Kharisma.
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
“Saya bangun hari ini dan telah menerima banyak DM daripada peguam yang mahu membantu saya berkaitan isu yang sedang saya hadapi sekarang.
“Maaf saya tidak dapat membalas DM anda untuk waktu sekarang, saya akan membalas anda semua kemudian.
“Untuk saat ini, saya hanya mahu memfokuskan kepada karier dan juga lagu yang akan dilancarakan pada bulan Disember ini,” kata Aisha dalam satu hantaran di Instagram Story.
ARTIKEL BERKAITAN: Yuka Nafi Kurang Buat Promosi, Sudah Cadang Tundakan Konsert Aisha Retno - "Niat Saya Memang Nak Tolong ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”
ARTIKEL BERKAITAN: "Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan
ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”
Pada masa sama, Aisha turut memaklumkan kepada umum bahawa ada banyak bukti yang disimpan dan mungkin akan didedahkan oleh beliau.
Tidak ketinggalan, pelantun lagu Samudera itu juga sempat mendoakan Yuka agar dapat menjadi penyanyi yang berjaya suatu hari nanti.
“Lebih banyak bukti akan didedahkan dan keadilan akan terbela. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Saya doakan untuk konsert yang akan dianjurkan olehnya.
“Saya juga berharap dia dapat menjadi seorang penyanyi yang berjaya tanpa menunggang nama penyanyi lain dan bakat serta boleh menjual tiket konsert sendiri,” katanya.
Menganggap Yuka seorang yang baik, Aisha berkata dia tetap akan memaafkan penyanyi itu namun tidak pasti dengan perasaan keluarganya.
“Adakah saya akan memaafkan dia, jawapannya ya kerana dia merupakan seorang yang baik namun saya tidak tahu bagaimana keluarga dan rakan-rakan saya yang pernah dianiaya olehnya,hanya padang mayhar yang boleh menjawab,nauzubillahminzaliq, terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini” kata Aisha.
Terdahulu, penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa selepas konsert sulungnya iaitu Konsert Malam Samudera Aisha Retno dibatalkan atas faktor penjualan tiket yang tidak memberangsangkan.
Akibat pembatalan konsert tersebut, Yuka Kharisma telah menuntut Aisha untuk membayar kembali pinjaman wang yang telah diterima semasa membuat persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 38 pada Mac lalu.
Walaupun begitu, pihak penganjur memberi jaminan peminat yang telah membeli tiket akan menerima pulangan wang dalam masa 14 hari bekerja.
Konsert itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024.