Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”

Asyraf Roslan 24/09/2024 | 03:55 MYT
Personaliti TV, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur apabila suaminya, iaitu Da'i Syed dilepaskan sementara selepas 21 hari meringkuk dalam penjara Kajang.

Mahu Bersama Suami

Bagi Hana, dia hanya mahu menggunakan masa yang ada untuk bersama suami dan anak perempuan mereka Sharifah Fatma Nour Jamalullail sebaik-baiknya.

"Alhamdulillah syukur, sebenarnya manusia ini diberi pinjaman masa.

"Jadi saya nak habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak selagi boleh. Saya lega," katanya kepada Gempak.
Hana ditemui ketika menemani Da'i Syed menghadiri prosedur sebutan semula pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.
Pada masa yang sama, Hana juga berkongsi dia dapat menghadapi ujian ini dengan baik dan mendapat sokongan daripada segelintir pihak.
"Alhamdulillah, Allah maha baik, sebenarnya tak semua orang begitu (mengecam).
"Ramai juga orang di luar sana yang baik-baik dan prihatin dengan kami. Mungkin pada mereka kami tidak layak. Tetapi sebab ihsan kami tinggi dan berkelakuan baik dapat juga (sokongan),” tambahnya.

BERITA TRENDING: Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”

​BERITA TRENDING: Hadir Ke Mahkamah Dengan Imej Botak, Da'i Syed Harap Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah, Saya Okay…”

​BERITA TRENDING: Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan

​BERITA TRENDING: Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 5 November 2024 sebagai sebutan semula pengurusan kes Da'i Syed.
Pada 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Namun selepas 21 hari dipenjara, Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da'i Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, hingga rayuan didengar dan diputuskan pada Jumaat.
#Jenayah #hiburan #Dai Syed #Hana Ismail
;