Hiburan
Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”
Usahawan, Dewi menyatakan tidak mahu lagi dikaitkan dengan masalah rumah tangga antara Cik Epal dan Jofliam.
Oleh itu, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi meminta Cik Epal untuk berjumpa dengannya dan sanggup melakukan sumpah laknat untuk mengakhiri segala masalah ini.
“Untuk tutup buku ini,Nur Munirah Binti Mahmood sila berjumpa dengan saya.
“Saya sanggup sumpah laknat, saya bukan penyebab rumah tangga awak hancur, awak sendiri tahu, awak sendiri yang mintak berjumpa dengan saya untuk memohon maaf.
“Kita tutup cerita, kita sumpah laknat atas Al-quran,” katanya.
Dewi membuat kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pada Isnin.
Pada masa sama, Dewi juga berkongsi kepada netizen dimana Cik Epal telah menyekat akaun instagramnya.
Kata Dewi mengapa Cik Epal bertindak sebegitu jika dia berada di pihak yang benar.
“Kenapa block?
“Cakap berani kerana benar? Saya sanggup sumpah atas perbulaan kita berdua, yang awak mengatakan Jo tak curang. Saya sanggup sumpah,” ujar Dewi.
Sekadar Info, Dewi sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Jofliam sehingga menyebabkannya berpisah dengan Cik Epal.
Tidak mahu berdiam diri, Dewi telah tampil memberi penjelasan selepas lama mendiamkan diri dan mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pembantu peribadi Jofliam di syarikat Pizza Wagyu Jofliam.
Must-Watch Video