Hiburan

Majlis Resepsi Amylea Dipersoal, Shila Amzah Tegur Netizen - “Cari Duit Cara Fitnah Orang Memang Biadap”

Mya Amri
29/01/2024
03:45 MYT
Sponsor Banner
Majlis Resepsi Amylea Dipersoal, Shila Amzah Tegur Netizen - “Cari Duit Cara Fitnah Orang Memang Biadap”
Penyanyi, Shila Amzah menegur sikap seorang netizen yang memberikan komen negatif terhadap kemeriahan majlis perkahwinan sahabatnya, Amylea Azizan.
Tidak hanya mengecam majlis itu, individu berkenaan juga turut mengaitkan arwah bapa Amylea dengan dakwaan yang mengarut.
Geram dengan tindakan individu itu, Shila tampil menegur komen yang ditulisnya.
Menurut Shila, segala dakwaan yang dilemparkan terhadap Amylea itu adalah fitnah semata-mata.
“Itu fitnah. Bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main Facebook, tu semua fitnah orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia waktu sakit untuk buat cerita bodoh macam ni. Membabi buta percaya ni tak elok,” bidas Shila.
Shila juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang terus percaya tentang gosip di media sosial tanpa bukti sahih.
“Pagi pagi dah buat baran eh, kenapa orang tak boleh je rasa gembira bila tengok orang lain bahagia. Tulah banya nau masa main Facebook.
“Geram tau bila orang yang suka percaya apa sahaja gosip atau berita mereka baca online tanpa cari kesahihan berita itu.
“Yang dekat Facebook pun nak cari duit cara fitnah orang, memang biadap,” tegurnya.
Terdahulu, seorang netizen mempersoalkan majlis persandingan Amylea yang dilihat mewah dan menyebut mengenai laporan berita lama mengenai penyanyi ini meminta bantuan untuk arwah bapanya pada tahun 2021.
"Baru-baru ini aku tengok Amylea ini minta bantuan ayah dia sakit. Tup-tup tengok dia nikah mewah pula," tulisnya.
Untuk rekod, bapa Amylea iaitu Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada 11 Ogos 2021.

BERITA TRENDING: “Saya Kehilangan Dia Buat Selamanya…” – Bapa Amylea Azizan Pergi Jua…

Amylea sebelum ini memaklumkan dia dan suaminya, Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash mendirikan rumah tangga pada November lalu.

BERITA TRENDING: Kenal Beberapa Bulan, Amylea Nikahi Pegawai Bomba Singapura

Bagaimanapun pasangan ini merahsiakan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar