Laman Utama

“Saya Kehilangan Dia Buat Selamanya…” – Bapa Amylea Azizan Pergi Jua…

gempak
Mya Amri
11/08/2021
08:09 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kehilangan Dia Buat Selamanya…” – Bapa Amylea Azizan Pergi Jua…
Bapa kepada penyanyi, Amylea Azizan disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan Amylea menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
“Saya telah kehilangan dia selama-lamanya... Tidak ada rasa sakit yang lebih besar daripada kehilangan ayah atau ibu…
“Allah SWT sahaja yang tahu dugaan demi dugaan. Ayahku adalah kurniaan Allah kepada saya dan saya bersyukur kerana memiliki ayah yang hebat.
“Terima kasih Allah untuk semua tahun yang diberikan kepada saya, terima kasih kerana menjadikan saya anak perempuannya, saya sangat bangga dengannya. Saya sangat mencintainya.
“Terlalu banyak budi belum saya balas… Saya harap dapat Bersatu kembali dalam kehidupan selepasnya. Doakan lah dia ya… Saya merayu sedekahkan doa buat dia… Dia seorang yang sangat baik.
“Azizan B Zainal Abidin, 20 March 1959 - 11 August 2021. Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya… Sekiranya ada hutang-hutang yang saya tidak tahu, tolong khabarkan pada saya,” coretnya.
Sebelum ini, Amylea Azizan menyampaikan khabar duka mengenai kesihatan ayahnya, Azizan Zainal Abidin yang semakin merosot selepas diserang sakit jantung.
Dia juga memaklumkan peluang untuk ayahnya yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tipis.
BACA: Ayah Penyanyi Amylea Azizan Kritikal - "Doktor Dah Panggil Mama Dan ..."
Pada akhir Julai lalu, penyanyi berusia 35 tahun tersebut mengenepikan perasaan malunya apabila mengaku terpaksa melakukan gerakan derma kilat bagi menampung kos rawatan ayahnya yang perlu dimasukkan ke hospital swasta berikutan hospital kerajaan dipenuhi pesakit COVID 19.
Selain menerima rawatan sakit buah pinggang, ayahnya yang berusia 62 tahun dikatakan terkena jangkitan kuman pada paru paru dan beransur pulih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live