Laman Utama

“Make A Full Stop Dear, Hidup Dengan Tenang & Fokus Anak-Anak” - Lufya Beri Nasihat, Kata Semangat Buat Puteri Sarah

Mya Amri
11/01/2023
01:45 MYT
Sponsor Banner
“Make A Full Stop Dear, Hidup Dengan Tenang & Fokus Anak-Anak” - Lufya Beri Nasihat, Kata Semangat Buat Puteri Sarah
Pelakon, Lufya Omar memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang kini berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama suaminya, Syamsul Yusof.
Menerusi ruangan komen hantaran terbaharu Puteri Sarah di akaun Instagram, Lufya menasihatkan agar ibu kepada dua anak itu berhenti melayan ‘drama’ antara Syamsul dan madunya, Ira Kazar.
Hal ini kerana sebagai sahabat, dia tidak mahu melihat Puteri Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah.
“Make a full stop dear. Jangan layan ‘drama’ ni lagi. You and your kids bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak lebih baik sayangku.
“Biarkan dorang dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu tengok you and your kids jadi bahan fitnah lagi Sarah ku sayang. Keep your faith in Islam, Allah dan Rasul,” coretnya.
BACA: “Jika Syaikhul & Sumayyah Boleh Beri Keterangan, Dia Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Tinggalkan Mama” - Puteri Sarah
Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan nasihat Lufya dan berharap Puteri Sarah kuat mengharungi dugaan.
Antara komen yang diterima:
Terdahulu, Puteri Sarah telah memohon suaminya, Syamsul Yusof agar 'melepaskannya' dengan cara baik kerana dirinya tidak sanggup hidup bermadu dengan wanita yang baru dikahwini Syamsul.
BACA: "Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya" - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah
BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" - Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah
BACA: Puteri Sarah Dedah Dah Setahuh Kena Block Syamsul Yusof - "I Suruh You Kahwin Sebab I Tak Nak Bersubahat Dengan Maksiat"
BACA: "Stop Guna Nama Allah, Nampakkan You Sangat Munafik" - Puteri Sarah
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar