Laman Utama
Makin Berleluasa...Zulin Pula Jadi Mangsa Penyamaran Scammer!
Pelakon Zulin Aziz meminta orang ramai berhati-hati dengan kegiatan penyebar maklumat palsu atau scammer yang menyamar sebagai dirinya.
Zulin juga meminta sesiapa yang menerima mesej palsu itu untuk terus menyekat nombor telefon yang digunakan.
"Scammer alert! Tolong beri perhatian!
"Sekiranya ada pihak yang cuba hubungi korang menyamar jadi saya, nak pinjam duit ke, minta buat payment, minta derma, minta kerja, please block.
"Makan duit haram! Haihh...Tak habis habis!" tulisnya di Instagram.
Menerusi entri sama, Zulin berkongsi foto paparan skrin serta nombor telefon pihak yang menyamar sebagai dirinya itu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet turut bengang dan menyarankan Zulin membuat laporan polis.
Terdahulu, Ika Nabella turut meminta orang ramai berjaga-jaga dengan kegiatan scammer yang menipu peminat kononnya mereka akan menerima hadiah berupa iPhone 12 pemberian pelakon tersebut.