Laman Utama
"Makin Kaya Makin Singkat" - Wawa Zainal Tak Perasan Menari Ternampak Telinga Sikit, Tak Terfikir Nak Berturban
Pelakon dan usahawan popular Wawa Zainal menafikan berubah daripada segi berpakaian susulan tular videonya menari hingga ternampak bahagian telinganya untuk kempen produk terbaharunya minggu lalu.
Jelas Wawa, dia masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan isu yang tular itu berlaku secara tidak sengaja.
"Insya-Allah kita perbaiki dari semasa ke semasa. Ada orang kata 'makin kaya makin singkat', tak adalah kan. kita semua nak perbaiki diri," jawabnya ringkas.
Terdahulu, kecoh apabila warganet mempertikaikan penampilan Wawa yang menari bersama-sama anak perempuannya Hayla Magfiraul Adzkiyaa sempena memperomosikan produk pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint.
Sementara itu tambah suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel; "Tak perasan masa menari tu ada ternampak telinga sikit kan... dia bukan berubah. Bukannya lepas ni Wawa pakai turban pun."
Wawa dan Aeril ditemui pada majlis pelancaran pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, baru-baru ini.
Majlis yang bertemakan warna neon dan k-pop itu melancarkan semula rangkaian lip tint yang pernah dikeluarkan sebelum ini dengan penambahan dua perisa baharu iaitu peach dan epal.
"Sebenarnya Wawa lip tint ini pernah dikeluarkan sebanyak dua kali sebelum ini, tapi asyik sold out sahaja. Kali ini, kita keluarkan pun sudah hampir sold out juga walaupun belum dilancarkan secara rasmi lagi.
"Untuk kali ini, hanya 80,000 unit sahaja dan telah sold out sebanyak 65,000 unit," tambahnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!