Perkongsian terbaharu usahawan Wawa Zainal mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping gambar dan video bersama anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6.

Menerusi hantaran di Instagram, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, dilihat manis mengenakan baju bewarna unggu dan berseluar longgar kuning, manakala Hayla kelihatan comel mengayakan baju bewarna merah jambu beserta skirt putih.

Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan netizen adalah disebabkan tudung yang digayakan Wawa itu dikatakan tidak sesuai kerana kelihatan sedikit bahagian lehernya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang menegur dan meluahkan rasa kurang senang dengan tudung yang digayakan ibu kepada empat cahaya mata itu.

Pun begitu, ada juga segelintir wargamaya lain yang mendoakan Wawa untuk memperbaiki gaya tudungnya agar kelihatan lebih sopan.

Untuk info, Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aeril Zafriel pada 2013 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffiya, 2 dan Muhammad Fahri, 10 bulan.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)