Berita

"Makruh Hukumnya Menulis Ayat Al-Quran Seperti Bismillah Atas Kad Kahwin" - Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus...

ZULHILMI JALIL
15/05/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
"Makruh Hukumnya Menulis Ayat Al-Quran Seperti Bismillah Atas Kad Kahwin" - Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus...
Setiap kali menerima kad undangan majlis perkahwinan, pasti kita biasa perasaan ada penggunaan potongan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.
Bahkan, paling tidak, mesti menggunakan perkataan 'Bismillah' sebagai pembuka pembicara dalam kad undangan bagi menghadiri majlis walimatul urus.
Begitupun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa, kita sebenarnya tidak digalakkan untuk menulis sebarang bentuk ayat al-Quran termasuklah 'Bismillah' pada kad kahwin.
Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, hukum mencetak ayat suci pada kad kahwin hukumnya makruh.
"Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara daripada tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah," katanya dalam satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi dalil yang menyokong kepada hukum makruh tersebut.
TULIS BISMILLAH PADA KAD KAHWIN SOALAN : Apakah harus kita menulis bismillah pada kad kawhin dan bagaimana kalau kad itu dibuang selepas digunakan? JAWAPAN : Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara dari tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah. Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah : ذهب الشافعية وبعض الحنفية إلى كراهة نقش الحيطان بالقرآن مخافة السقوط تحت أقدام الناس ، ويرى المالكية حرمة نقش القرآن واسم الله تعالى على الحيطان لتأديته إلى الامتهان Artinya : “Ulamak mazhab Syafie dan sebahagian ulamak mazhab Hanafi berpendapat makruh ditulis ayat Quran pada umpama dinding kerana dibimbangi jatuh ia di bawah kaki manusia. Dan ulamak mazhab Maliki berpendapat haram menulis ayat Quran dan nama-nama Allah di atas dinding kerana bolih membawa kepada dipermudahkan dengannya.” Ada pun orang yang mempiliki kad bertulis ayat Quran seperti Bismillah itu wajib memeliharanya dari terkena kotoran atau jatuh pada tempat yang tidak layak baginya seperti jatuh ke atas najis atau kotoran atau seumpamanya. Barang siapa membuang suatu yang tertulis padanya ayat-ayat Quran dan nama-nama Allah dengan sengaja ke tempat yang kotor seperti tong sampah nescaya hukumnya adalah haram. Ada pun jika berniat ketika membuangnya itu menghina atau mempersendakan Al-Quran maka jadilah orang itu kafir murtad. Berkata Imaam Nawawi : وأجمعوا على أن من استخف بالقرآن أو بشيء منه أو بالمصحف أو ألقاه في قاذورة أو كذب بشيء مما جاء به من حكم أو خبر ، أو نفى ما أثبته أو أثبت ما نفاه أو شك في شيء من ذلك وهو عالم به كفر Artinya : “Dan telah ijmak olih ulama katas barang siapa meringan-ringankan akan ayat Quran atau suatu darinya atau mushaf atau mencampaknya pada tempat yang kotor atau mendustakan suatu yang datang dari Quran samada hukum dalam Quran atau kisah yang disebut dalam Quran atau ia nafikan apa yang ada di dalam Quran atau ia tambah apa yang tiada dalam Quran atau dia ragu suatu daripadanya sedangkan dia sedar dengannya maka jadilah ia kafir.” (Kitab Al-Majmu’) - sambungan diruangan komen
A post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal) on
Sebaliknya, nasihat beliau, orang ramai boleh menggunakan alternatif lain dengan ayat berbentuk doa yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
"Kesimpulan..sebaiknya jangan ditulis Bismillah atau ayat-ayat Quran atau nama-nama Allah pada kad jemputan kahwin.
"Tidak mengapa ditulis akan doa-doa dalam bahasa melayu meminta yang baik-baik bagi pengantin. Wallahua’lam," jelasnya.
Perkongsian Ustaz Azhar Idrus itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan netizen yang kini mencatatkan lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar