Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Maksud ‘Bodoh Bodoh Sikit’ Tu Merujuk Kepada…”- Hubungi Prof Muhaya, Ustaz Ahmad Dusuki Perjelas Isu Wanita Lambat Jodoh

Syafiqah Jalal 10/06/2021 | 11:13 MYT
Pendakwah bebas yang disegani, Ustaz Ahmad Dusuki mendapatkan penjelasan pakar mata dan motivasi Datuk Prof Dr. Muhaya mengenai kenyataanya wanita perlu bersikap ‘bodoh bodoh’.
Ustaz Ahmad Dusuki menghubungi sendiri Prof Muhaya dan cuba berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan segala penjelasnnya.
Setelah menerima penjelasan Prof Muhaya, Ustaz Ahmad Dusuki dapat membuat kesimpulan bahawa kenyataan ‘bodoh bodoh sikit’ yang diungkapkan itu merujuk kepada sikap merendah diri serta ego dengan apa yang dimiliki.
“Saya mendengar klip ringkas nasihat Bonda Prof Dr Muhaya tentang jodoh ini, lantas secara adabnya dan akhlaknya saya menghubunginya, saya mendengar penjelasan Bonda Prof Dr Muhaya.
“Jelas dan terang maksud yang di sebutkan itu, saya mohon untuk mengulas tentang apa yang dikatakan itu.
“Sebagaimana orangnya yang tetap optimis dan berkayakinan berlapang dada untuk mendengar pandangan, akhirnya dengan dengan iringan doa moga istiqamah dalam menyampaikan keindahan agama ini.
“Maksud kalimah beliau “bodo bodo skit” tu bukan bermaksud membodohkan diri, tapi merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan dengan apa yang di miliki.
“Bahasa mudah lebih tawadduk agar di angkat darjat di sisiNya, kepada posisi perempuan solehah, demikianlah anugerah jodoh yang baik yang Allah sediakan,” jelasnya.
Beliau berkongsi penjelasan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama Ustaz lagi sekali menerangkan secara lisan mengenai isu tersebut.
BACA: “Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bodoh-Bodoh Sikit”- Prof Muhaya
Kemas kini tersebut mendapat pelbagai pandangan daripada pengikutnya termasuk yang turut bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki)

#Kahwin #Perempuan #Prof Muhaya #Lambat #Bodoh Bodoh #Uztaz Ahmad Dusuki
;