,
Laman Utama

"Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bodoh-Bodoh Sikit" - Prof Muhaya

Amri Hassan
09/06/2021
02:25 MYT
Ulasan video Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh oleh pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat netizen di Twitter.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Prof Muhaya berpendapat wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebihi daripada kaum lelaki.
Malah, jelas beliau lagi, kaum lelaki suka dengan wanita berperwatakan lembut dan perlu dibantu.
"Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat ofice kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki.
"So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambat jodoh.
"Siapa tinggi testostorane, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana," katanya. Meninjau reaksi ramai, majoriti pengguna media sosial kurang bersetuju dengan kenyataan terbabit yang dianggap berbaur misogini.
"Masalahnya bukan pencapaian wanita tetapi kegagalan lelaki. Itu prioriti. Kenapa orang kita macam ni? Tertekanlah tengok.
"Bayangkan kamu memberitahu anak perempuan kamu untuk menjadi 'bodo bodo' untuk lelaki, walhal sepatutnya memberikan fokus kepada pembangunan dirinya. Melingkup," ciap Redza Minhat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol

gempak
21/11/2024
23:49 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Unitar