UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Malas Layan Dakwaan Bersekedudukan Dengan Suami Orang, Nadeera Zaini Syukur Ibu Bapa Memahami - "Mereka Anggap situ Mungkin..."

Ainun 16/01/2025 | 05:25 MYT

Penyanyi Nadeera menafikan dakwaan yang menyatakan dirinya bersekedudukan dengan suami orang.

Menurut Nadeera, atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 31, dia tidak tahu bagaimana namanya boleh dikaitkan dalam isu tersebut.

Dia juga menegaskan dirinya tidak terlibat dalam urusan atau masalah rumah tangga orang lain dan memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.

“Saya pun tak tahulah tiba-tiba nama saya dipetik.

“Saya memang tidak masuk campur hal orang, rumah tangga orang, dan saya tak mahu komen apa-apa,” katanya kepada Gempak.

Nadeera berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 di Dadi Cinemas, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bukan Lagi Kita itu juga menyatakan dia memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat spekulasi sama ada individu yang dimaksudkan adalah dirinya atau tidak.

Namun, dia dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.

“Terpulang kepada semua orang nak cakap itu adalah saya atau tidak, tapi apa yang saya boleh katakan adalah itu bukan saya.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya.

“Jadi, saya memilih untuk tidak mengambil peduli tentang isu tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama, Nadeera turut menjelaskan perkara sebenar kepada ibu bapanya berkenaan isu itu.

Menurutnya, ibu bapanya memahami situasi tersebut dan menganggap dakwaan itu hanyalah gosip yang timbul kerana lagunya tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

“Nasib baik ibu bapa saya faham tentang isu tersebut kerana saya sudah terangkan perkara sebenar. Memang saya tidak ada apa-apa hubungan dengan individu tersebut.

“Alhamdulillah, mereka okay saja dan mereka anggap itu mungkin gosip yang sengaja diwujudkan kerana kita nak ke AJL,” kongsinya.

Terdahulu, nama Nadeera dipetik oleh netizen dan dia didakwa bersedudukan dengan suami orang.

BERITA TRENDING: “I Love You A Trillion” - Kongsi Foto Berpeluk, Kaka Azraff & Adam Azriff Kembali Bersama?

BERITA TRENDING: Tyra Kamaruzzaman Tak Boleh Tahan Dah! Geram Dengan ‘Penyondol’ - “Awak Takkan Faham Macam Mana Sakitnya Sebab…”

BERITA TRENDING: “Ini Adalah Investment Saya Untuk…” - Mierul Aiman Beli Rumah, Peminat Teruja Nak Jadi Jiran

BERITA TRENDING: Serangan 'Virus Botak' Cetus Kebimbangan

#Suami #Ibu #Bapa #Nadeera Zaini #Dakwa #Orang #Bersekedudukan
;