Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

Umirah Halim 12/09/2024 | 09:25 MYT

Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malaysia ada hidangan terbaik di dunia

Nigel atau lebih dikenali dengan watak komedi sebagai Uncle Roger, memilih Malaysia sebagai lokasi restoran sulungnya kerana beranggapan bahawa Malaysia mempunyai hidangan terbaik di dunia.

"Malaysia mempunyai makanan terbaik di dunia, yang menjadikan rakyat Malaysia pengkritik makanan yang paling arif.

“Penanda aras yang baik untuk menetapkan standard kami yang tinggi. Selain itu, ia memberi saya alasan yang baik. untuk kembali ke Malaysia lebih kerap,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

BERITA TRENDING: "Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" -

BERITA TRENDING: Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? -

BERITA TRENDING: Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lal

BERITA TRENDING: Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di

Bukan itu sahaja, sempena meraikan pembukaan restoran, Nigel juga akan cuba menetapkan rekod dunia baharu iaitu:

1. Perhimpunan terbesar orang berpakaian seperti Uncle Roger

2. Pecahkan telur sebanyak mungkin menggunakan satu tangan dalam masa 30 Saat

3. Baling dan sambut nasi goreng guna senduk paling banyak dalam masa 30 Saat.

Sekadar info, Nigel mula dikenali di Amerika Syarikat apabila membuat rancangan komedi.

Terdahulu, video viral Ng yang mengkritik penyampai makanan BBC telah mendapat lebih 38 juta tontonan di You Tube.

#Malaysia #Makanan #Uncle Roger #Terbaik #di dunia
;